Wednesday, October 8, 2014

Petikan :Master wan fatihanum

Master wan fatihanum

Kenangan Terindah:
Wajib baca terutama pada yang masih ragu atau berada di persimpangan.Assalamualaikum & selamat pagi semua,Pagi ni saya ingin share satu perkara yang saya rasa sangat perlu dishare.Jangan menidakkan keupayaan diri dan anda hanya perlu buat sahaja. Kita taktau apa akan jadi pada masa depan tapi jika kita tak mencuba, mana tau masa depan berjaya atau tidak kan.Saya ingin berkongsi dengan korang semua, apa yang saya telah tulis di blog kali pertama saya mula membina blog. Dan dari blog itulah bermula segalanya.
Baca apa yang saya tulis.Entry bertarikh 28/3/2011 adalah entry pertama saya dalam percubaan saya start buat shaklee. Baca ayat saya "inilah permulaannya..amin"..Memang kelakar sebab karangan entry seciput dan macam tah pape. Tapi tak mengapa, kerana dari situ anda bermula. Kalau saya takut masa tu, atau tak yakin menulis, tidak akan ujud sekarang blog permatacintaku.blogspot.comBila tengok balik entry tu saya rasa meremang, rasa ya Allah hanya dari permulaan yang kecil saya tiada apa-apa ilmu, hanya berbekal semangat sahaja buat blog dan mulakan bisnes shaklee secara internet.
Tetapi kini Allah bagi ganjaran yang saya tidak pernah jangka. Tetapi saya mulakan dengan keyakinan pada waktu itu kerana saya berani berkata inilah permulaannya. Allah kabulkan. Jika betul-betul kita mahu.Jadi anda semua yang masih baru atau baru ingin bangkit dari apa saja situasi sekalipun, teruskanlah bangkit dan bangun dengan semangat baru. Percayalah dengan kuasa minda dan semangat yang ada dalam diri anda, perkara apa sekalipun tak mustahil.
Anda boleh bermula dari zero to hero.Yakin dengan Allah. Mintak apa yg anda mahu. Dan bergerak sebaiknya.Dia tidak pernah lokek memberi, malah akan beri kita berganda-ganda dari sangkaan kita.Cukuplah kita memandang rendah pada diri, memandang dengan sempit.Tiada apa boleh halang keinginan kita nak berjaya kalau betul kita mahu.Siapa kita untuk berkata tidak mungkin jika kita belum mencuba. 
Ada orang mengambil masa bertahun-tahun hanya untuk mulakan langkah pertama.Sedangkan langkah pertama itulah yang menentukan anda di mana.Tidak kira anda siapa dahulu, yang penting adalah siapa anda di masa depan.Langkah tidak akan berhenti untuk #WAHMillionaire
Perkongsian dari master hanum

No comments:

Post a Comment